Saturday, April 26, 2008

Kematian

Tersebut dalam kisah.


Ada salah seorang lelaki fasik daripada bani Israel. Orang sekampung tidak dapat lagi membendung kefasikannya. Mereka mengadu kepada Allah. Lalu Allah memberi wahyu kepada Nabi Musa as bahawa di antara Bani Israel itu ada seorag pemuda fasik. Kemudian Musa mengusir pemuda itu dari kampung mereka. Sehinga mere tidak terjilat api (neraka) oleh kefasikannya. Maka pergilah pemuda itu ke satu kampung. Kemudian Allah SWT memerintahkan lagi agar Nabi Musa as mengusirnya. Maka dia mengusir pemuda itu. Sehingga pemuda itu pergi ke suatu tempat yang tidak terdapat manusia, tanaman, binatang liar atau burung. Di situlah dia sakit dan tidak ada pula yang menolong. Dia jatuh ke tanah. Dia meletakkan kepalanya sambil berkata, “kalaulah kepalaku ini dipangku oleh ibuku, tentulah dia mengasihaniku. Tentulah dia menangis meratapiku. Kalaulah isteriku ada di sini, tentu akan menangisi kematianku. Jika anak-anakku ada, tentulah mereka akan tersedu-sedu mengiringkan jenazahku, lalu mereka berdoa, “Ya Tuhan, ampunilah ayahku ini. Yang lemah, fasik, derhaka, yang terusir darikota ke kampung dan dari kampung ke padang yang gersang. Yang keluar dari dunia dan ke akhirat tanpa harapan suatu apa pun. Ya Allah, Engkau telah memisahkan aku dari orang tuaku, anak-anakku dan isteriku. Namun janganlah Engkau pisahkan aku daripada rahmatMu.

Sesungguhnya Engkau telah membakar hatiku sebab berpisah dengan mereka. Namun janganlah Engkjau bakar hati ini dengan nerakaMu kerana kemaksiatanku” Kemudian Allah mengutuskan bidadari menjelma menyerupai ibunya dan bidadari lain menjelma menjdai isterinya. Begitu, ghilman(anak-anak syurga) menjelma sebagai anak-anaknya. Serta mengutus Malaikat seolah-olah menjadi bapanya. Mereka duduk di sisinya dan meratapinya. Lalu lelaki itu berkata, “sesungguhnya ini ibu bapaku, isteriku, anak-anakku telah hadir di sisiku.” Maka legalah hatinya sehingga pulang ke rahmatullah dengan suci terampun dosanya. Kemudian Allah memberi wahyu kepada Nabi Musa. “Pergilah ke suatu padang di sebuah tempat di sana. Di situ telah mati seorang wali. Maka hadir dan uruslah dia!” ketika Musa datang tempat itu, beliau melihat pemuda yang diusirnya dari kota dan dari kampung dengan perintah Allah. Juga baginda lihat para bidadari mengerumuninya. Lalu baginda berkata, “Ya Tuhanku, bukankah ini pemuda yang aku usir dari kota dan dari sebuah kampung atas perintah Mu?” Allah berkata, “Wahai Musa, sesungguhnya Aku telah merahmati dan mengampuninya. Sebab dia meratap di tempatnya. Dia tinggalkan kampung halamannya, kedua oaring tuanya, bahkan anak-anak dan isterinya. Maka Aku utus para bidadari menjelma sebagai ibu dan isterinya. Malaikat sebagai bapanya. Mereka mengasihi kepedihan dan pengasingannya. Sesungguhnya jika orang meninggal di tempat jauh, maka ahli bumi dan ahli langit akan menangis mengasihaninya. Lalu bagaimana Aku tidak mengasihinya sedangkan aku Maha Pengasih?

Jika seseorang menghadapi sakratul maut di permusafiran, Allah akan berkata, “wahai Malaikat Ku, ini adalah orang asing sedang bermusafir. Dia meninggalkan anak isteri dan orang tuanya. Jika dia mati tiadalah yang menangisi dan meratapinya” Kemudian Allah menjadikan seorang Malaikat menyerupai bapanya, seorang lagi menyerupai ibunya, seorang lagi menyerupai anaknya dan seorang lagi menyerupai keluarganya. Mereka masuk dan membukakan matanya. Sehingga dia melihat orang tua dan keluarganya. Senanglah hatinya. Sehingga dia menghembuskan nafas terakhir dengan tenang dan bahagia. Kemudian ketika jenazahnya diusung, mereka menghantarkan ke kubur dan mereka mendoakannya sampai akhirat.

“Allah Maha Halus (penyantun) kepada hamba-hambaNya…” (As-syura:19)

(petikan dari buku Penenang Jiwa – Imam Al Ghazali)

Gambar hiasan dari email : Sebuah kematian tanpa sesiapa di sisi. Semoga rohnya di cucuri rahmat oleh Allah taala, amin.

Hadis Nabi

Riwayat Bukhari dan Muslim
Nabi s.a.w bersabda :
Seutama-utama perjuangan adalah perjuangan seseorang terhadap dirinya sendiri dan hawa nafsunya.