Saturday, December 16, 2006

Persahabatan

Aku tergerak untuk menuls mengenai persahabatan setelah membaca posting dalam group alumni masa sekolah dulu. Benarlah kata-kata "dulu lain, sekarang lain". Sebabnya, keakraban masa alam sekolah tidak semua orang boleh bawa ke alam dewasa. Faktor2 yg mendorong, kalau mengikut pemerhatian aku adalah:-
1. Kedudukan ekonomi dan karier
Ada inferior dlm diri sesetengah kawan bila kawannya lebih berjaya dan berkedudukan. Maka wujudlah jurang yang merenggangkan keakraban itu.
2.Kesibukan karier dan keluarga
Tentulah masa bujang berbeza dgnmasa berkeluarga. Apatah lagi kalau pasangan tidak memahami.
3.Megah atau bangga dgn kedudukan sekarang
Ada sesetengah org memang menunjuk2 apa yg dia ada sekarang menyebabkan jurang kpd yg punya sifat inferior makin luas. malahan, memandang rendah kepada kawan2 yg tidak setanding dgn. nya.
4.Dendam lama
Ada juga yang masih mengungkit cerita lama, seolah2 si kawan yg pernah bersalah tidak perlu dimaafkan.

Pun begitu, bagiku, biar siapapun dia, dia pernah menjadi kawan dan tetap kawan. Alangkah bahagia hidup di keliling oleh kawan2, apatah lagi yang ikhlas berkawan. Kawan masa dulu, ikut cara dulu. Kawan masa dulu berjumpa semula, ikut cara sekarang. Yang penting, ikhlas dan saling menghormati. Semoga perjalanan ke destinasi akhir kita tak punya beban yang belum ditunaikan.

3 comments:

Cikgu Siti Homestay Taman Indah said...

salam,

siapa ni?
salam perkenalan...

pasal persahabatan tu, ya, memang saya berdendam...

saya hanya berkawan dengan orang yang betul2 ikhlas...

saya tak suka kawan saya mengata saya dari belakang, tak suka orang yang berpura-pura baik dihadapan...

saya perlukana sahabat yang jujur...

maaf, saya pernah meninggalkan seorang kenalan.. saya kenal hati budinya.. saya tidak mahu terikut-ikut perangainya, saya tidak kuat... tidak kuat menghadapai cabaran berkenalan dengannya...

maaf...
inilah diri saya yang sebenar!

batalutu said...

Puteh seroja,
awak tak mengenali saya, saya pun tak mengenali awak, cuma apabila melayari blog puteh, ada aura yg membawa saya ke seluruh posting puteh. Tak banyak blog yg berjaya menarik minat saya utk baca semua posting. Entahlah.. saalam perkenalan juga. Tentang persahabatan lagi, macamana diukur keikhlasan seseorang? Susah.. very subjective. Tapi, kalau perhatikan matanya, insya Allah ada gambaran ikhlas ke tak. Cubalah..

Cikgu Siti Homestay Taman Indah said...

salam,

ahahhaha, mata juga memainkan peranan penting.

yang paling penting persahabatan mestilah mengikut lunas-lunas Islam.. bersahabat kerana keredhaan Allah... kerana ukhuwwah islamiyyah... bukan kerana sesuatu yang tersembunyi...

ahahhahah

salam ukhuwwah fillah!

p(^_^)q

Hadis Nabi

Riwayat Bukhari dan Muslim
Nabi s.a.w bersabda :
Seutama-utama perjuangan adalah perjuangan seseorang terhadap dirinya sendiri dan hawa nafsunya.