Tuesday, September 25, 2007

Ayah....

Ayah talipon hari ini..
Ayah, satu-satunya orang yang menentang aku makan gaji. Ayah mahu aku buat agri, tapi aku tak ada modal dan tak ada tanah. aku tak kisah untuk tukar bidang kerana yang penting bagi aku sekarang untuk dekat dengan ibu dan ayah. Mereka dah separate, lama dah, dah 30 tahun dah. Ayah dah 70 lebih dah.

Masa Mr Chew (sbsb) ajak kerja kat Bahrain last year, aku bagi reason parent. Aku tak sanggup untuk tinggalkan parent, kalau aku kat Malaysia, senang untuk jenguk dia orang. Thats y aku cari kerja belah pantai timur. Mr Chew kata parent dia pun dah tua, tapi dia selalu jenguk. Lain lah, u duit banyak, any time boleh jenguk. Aku kalau jauh2 macam sekarang ni, berapa kali je boleh jenguk dalam sebulan? Duit boleh cari, insya Allah. Budi ibu ayah, bila lagi nak balas.

Dalam umur mereka sekarang ni tentu mereka kesunyian. Itulah aku nak selalu dekat dgn mereka...

No comments:

Hadis Nabi

Riwayat Bukhari dan Muslim
Nabi s.a.w bersabda :
Seutama-utama perjuangan adalah perjuangan seseorang terhadap dirinya sendiri dan hawa nafsunya.