Friday, January 5, 2007

Beranak dalam tandas

Lahir anak dalam tandas

Oleh Rashidi Karim
am@hmetro.com.my

http://www.hmetro.com.my/


KANGAR: Seorang janda muda gagal menyembunyikan perbuatannya melahirkan seorang bayi dalam tandas di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di sini, kelmarin apabila beberapa pekerja melihat tompokan darah pada pakaiannya.


Bayi itu ditinggalkan seorang diri kira-kira dua jam selepas dilahirkan di tandas terbabit sebelum beberapa pekerja hospital mendengar tangisannya kira-kira jam 5 pagi, kelmarin.

Sumber berkata, pada mulanya janda berusia 29 tahun itu menafikan melahirkan bayi dalam tandas HTF tetapi akhirnya mengaku perbuatannya itu selepas pegawai atasan hospital mahu mengadakan ujian DNA.

“Beberapa pekerja hospital yang sedang bertugas pada awal pagi semalam (kelmarin) terkejut mendengar tangisan bayi dalam tandas di wad kanak-kanak HTF.

“Bayi berkenaan ditinggalkan seorang diri di dalam tandas ini selepas dilahirkan janda terbabit yang ketika itu sedang menjalankan kerja syif malam.

“Wanita terbabit sudah berpisah dengan suaminya.

“Dia sebelum ini dikatakan mengadakan hubungan intim dengan seorang pekerja hospital,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, perbuatan janda itu mengejutkan kakitangan HTF, tambahan pula tindakanya meninggalkan bayinya yang baru dilahirkan dalam tandas seorang diri.

Katanya, pada mulanya, janda itu menafikan ibu kepada bayi berkenaan dengan menyatakan tompokan darah itu adalah darah haid.

“Tetapi selepas campur tangan pegawai atasan hospital yang mahu mengadakan ujian DNA bagi mengenal pasti ibu kepada bayi ini, baru janda terbabit mengaku melahirkan bayi berkenaan,” katanya.

Sumber itu berkata, janda itu cuba menyembunyikan perbuatannya dengan meneruskan tugasnya mencuci wad kanak-kanak HTF selepas melahirkan bayi bagi menyembunyikan tembelangnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Yusof Mohd Diah, ketika dihubungi mengesahkan pihaknya ada menyoal siasat seorang wanita berhubung penemuan seorang bayi dalam tandas itu.

Bagaimanapun katanya, pihaknya mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian itu berikutan wanita terbabit mengaku dia adalah ibu kepada bayi itu. Dia didapati bersalin seorang diri dalam tandas HTF.

“Mungkin dia panik atau tergamam bersalin seorang diri dalam tandas dan keluar untuk mendapatkan bantuan orang ramai. Tambahan kejadian ini berlaku pada awal pagi,” katanya.

Gambar2 berikut adalah gambar yang saya dapat dalam e mail, bukan gambar berkaitan dengan berita ini. Harap maklum!

2 comments:

Anonymous said...

dahsyatnyer dunia...............

Anonymous said...

Man, what is this?

You freaked me out with this pics!!!!

Hadis Nabi

Riwayat Bukhari dan Muslim
Nabi s.a.w bersabda :
Seutama-utama perjuangan adalah perjuangan seseorang terhadap dirinya sendiri dan hawa nafsunya.