Monday, January 15, 2007

Petua dari ayah umar, muar

Terung pipit

1.daunnya boleh digunakan untuk mengubat resdung. Caranya, gulungkan daunnya dan jemur hingga kering. Kemudian, buat macam rokok, hisap!!

2.Buahnya boleh buat mengubat darah tinggi. Caranya, rebus dan makan buahnya. Boleh buat ulam makan nasi.

Daun ceri

Boleh buat mengubat kencing manis. Caranya,
1. Jika bacaan kandungan gula 20 dan lebih, ambil 17 helai daun ceri dan rebus dengan 3 cawan air sehingga menjadi 2 cawan air dan minum sekali seminggu.

2. Jika bacaan gula bawah 20, ambil 15 helai daun.

3.Jika bacaan gula 10, ambil 10 helai daun sahaja.

Awas, kalau minum berlebihan, kandungan gula dalam badan akan berkurang dan anda akan lemah/menggigil.

Setiap sesuatu yang dipanggil ubat ada sukatannya. Kalau diambil melebihi/kurang dari sukatannya, maka ia tidak lagi jadi ubat malah mungkin boleh membahayakan. Begitu juga dengan kismis hitam.

Khasiat kismis hitam ialah untuk menguatkan ingatan. Caranya: dimakan 7 biji setiap pagi dengan susu segar. Kalau makan sampai segenggam tu dah tak jadi ubat, dah jadi melantak pula...hehehe

No comments:

Hadis Nabi

Riwayat Bukhari dan Muslim
Nabi s.a.w bersabda :
Seutama-utama perjuangan adalah perjuangan seseorang terhadap dirinya sendiri dan hawa nafsunya.