Thursday, January 4, 2007

Masa dengan anak2

Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut baik oleh
anaknya yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya, sianak itu
bertanya kepada ayah.....

Anak: Ayah...ayah. . boleh Amin tanya satu soalan?

Ayah: Hmmm....nak tanya apa?

Anak: Ayah...berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?

Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sebuk-sebuk nak tanya?
Si ayah mula menengking.

Anak: Amin saja nak tahu ayah... Tolonglah beritahu berapa pendapatan
ayah sejam di pejabat?

Si anak mula merayu pada ayahnya.

Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu?
Jerkah ayahnya lagi.

Anak: Oh..20 ringgit..Amin menundukkan mukanya.

Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?

Si ayah mula menjadi berang dan berkata, "Oh, itu ke sebabnya kamu tanya
pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak sampai
10
ringgit? Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit,kamu
senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik.. tidur!Dah
pukul
berapa nih...!!"Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke
biliknya.

Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu
memintaduit sampai 10 ringgit. Kira-kira 2 jam kemudian, ayah kembali
tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan
duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang
sebegitu banyak sebelum ini.Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke
bilik anaknya.Didapati anaknya masih belum tidur."Kamu benar-benar
perlukan 10 ringgit?

Nah.. ambil ni" Si ayah mengeluarkan sekeping duit kaler
merah.Kanak- kanak
itu segera bangun dan tersenyum girang."Terima kasih banyaklah
ayah!"Lalu
dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping note 10 ringgit yang
sudah renyuk terhimpit oleh bantal. Bila ternampak duit itu, siayah
kembali berang.

"Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak
itu??Dan dari mana kamu dapat duit tu??"Amin tunduk... tak berani dia
merenung ayahnya. Sambil menggenggam kemas duit itu, dia
menerangkan. ...."Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi
hari-hari tu.Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup
duit...""Tak cukup duit nak beli apa??"Jerkah ayahnya lagi

Ayah.... sekarang Amin dah ada 20 ringgit.. Nah..ayah ambil duit ni.Amin
nak beli sejam dari masa ayah di pejabat tu. Amin nak ayah balikkerja
awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah.."Jelas Amin tanpa
memandang wajah ayahnya...

1 comment:

hamba tuhan said...

masya allah...moga moga ia anak ku..

Hadis Nabi

Riwayat Bukhari dan Muslim
Nabi s.a.w bersabda :
Seutama-utama perjuangan adalah perjuangan seseorang terhadap dirinya sendiri dan hawa nafsunya.