Wednesday, January 3, 2007

Cerita adik ipar aku bagitau

Dia ni selalu outstation,
lama- lama baru balik rumah. Pada satu
petang Khamis tu dia pun balik rumah. Dah mandi gitu dia pun
sembahyang, lepas sembahyang dia berwirid. Masa tengah zikir,
"La ilahaillallah...", dia berhenti sekejap teriak tanya bini,
"Budak-budak dah mandi, Mah". "Dah Bang" jawab bininya.
'La ilaha illallah ..." disambung zikirnya.

Tak lama lepas tu, dia berhenti sekejap zikirnya dan tanya,
"Budak-budak dah makan, Mah". "Dah Bang, saya kasi makan
terus lepas pakaikan baju tadi", jawab bininya. Syukur dia dapat
bini yang cekap. "La ilaha illallah ..."dengan laju sikit rentak zikirnya.

Selepas beberapa minit, dia tanya lagi bininya, "Budak-budak dah
tidur Mah". "Dah Bang" jawab bininya tu. "Baguslah tu", dia jawab
dengan senyum sedikit. Laju sekali zikirnya macam naik sheikh,
"La ilahaillah ..." tak sabar. Tak berapa minit lepas tu dia berhenti
sekejap lagi dan dengan nada romantik ditanya bininya, "Mah dah
sembahyang belum". Bininya lantas menjawab, "Mah tak boleh
sembahyang, Bang". "Laaaaaa ilaaaaha illallaaaaaaaahhhhhh",
dengan nada mengeluh diakhiri zikir panjangnya dan terus naik katil
tidur, kecewa salah kira hari untuk pulang.

Yang bini di luar heran kenapa tiba-tiba berhenti zikir suaminya....

No comments:

Hadis Nabi

Riwayat Bukhari dan Muslim
Nabi s.a.w bersabda :
Seutama-utama perjuangan adalah perjuangan seseorang terhadap dirinya sendiri dan hawa nafsunya.